Monday, November 23, 2009

aku masih di sini

aku masih di sini.. bosan giler..
aku ada gak mintak keje kat lost world of Tambun tp setakat dapat g training je.. pastu downg terus xcall.. hampeh tol. hurm aktiviti aku..

1) ikut mak aku gi mancing kat KOlam or SUngai depan Rumah
2) Jadi driver mak aku gi memana
3) duduk rumah tgk citer HOUSE
4) Tlg mak aku masak
5) Tlg jiran aku menjayakan projek gerai beliau dengan membeli ABC dan kopok Lekor beliau
6) Gi Dusun amik buah. wahaha sonok dengan pacat


gamba bakal upload

Friday, November 13, 2009

Agenda sabtu

salam... agenda today..

1) bangon pagi2 teman adik aku gi skolah dia amik anugrah sempena ari anugrah.
2) Gi teman pak tih aku memancing..


1) aku teringat masa skolah rendah dulu. skang ni adik aku plak skolah kat sane.. nak tau sekolah ape? hehehe

Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan

hehe seindah nama kan.. nanti la aku citer pasal tanjong rambutan ni. pape pun memang sonok skolah kat sini. enjoy la banyak kenangan gileee.. huhuh adik aku dpat anugrah cemerlang. dia dapat No 2 dalam kelas. tahniah.. kalah abg2 mu ini..

mengalahkan aku nak konvo ari tu.. isk2..



Tanya aku "dalam banyak2 abg mane satu yg paling hensem, baik dan bergaya."
adik aku jawab " Abg alif la"

orang ckp kanak2 tak menipu.


pas pada tu aku balik rumah. pak tih aku call.. ajak aku memancing. then siap2 pe sume gi ar mancing kat dalam spital bahagia tu. * nanti aku citer pasal spital nih.. heheh pastu mancing dapat sekor ikan keli bsau gile bapak.. ngeh ngeh.. yg semestinya bukan aku yang dapat la.


pastu plak balik. mandi solat pe sume makan siap2 kol 3 ni nak gi balik. kali ni ada senjata berbahaya.. PErut AYam..

paham2 je la ikan ape.



*********************************************************************
update.. ikan yg aku dapat tadi.. :D


kenape? tak percaye? guna pancing mak aku rege RM 15.00

Thursday, November 12, 2009

Pulang




salam, semalam 11hb tayar AFH aku bergolek dari shah alam ke ipoh perak. perjalanan macam biasa. barng2 aku banyak gak ar sampai rumate aku berkata

bleh bawak ke dengan moto barang ang ni

hahah boleh ar bawak sbb aku dah biasa dh.. alhamdulilah aku sampai kat rumah dengan perjalanan selama 3 jam. seperti biasa Sedara Abdullah Hakim berjuang bersama dengan aku cuma kali ni moto aku tak dapat kejar la moto LC dia tu.

dalam perjalanan dari Tanjong Malim kami diekori orang seorang pemuda. hehe ntah kenapa dia asyik follow kitorang je. brader RXZ ni ngan Nambe pelat CAK ****. semasa aku tgh bawak slow beliau memulakan komunikasi.

Sedara RXZ : Nak Pi Mana?? Balik Ipoh ka?
Aku : Apa? tak dengaq
Sedara RXZ : Nak Balik ipoh ka?
Aku : Haa.. balik ipoh.
Sedara RXZ : Aku nak balik Kuale. Hehe ( Senyum Sengih)
Aku : OOoo!! Membe yg kat depan tu balik Kuale gak
Sedara RXZ : Ye ke? ok2 aku follow je.. yang depan tu ke? LC tu kan?
Aku : Ha'ah.. nanti ikut la dia.


selepas tu aku pun memecut moto aku mengejar Sedara Hakim di depan sana. hampeh mentang2 moto laju tinggalkan aku. nasib baik la moto aku ni hebat. hahaha sampai jugak dari tersadar kat tgh jalan sambil muka menjilat tar di jalanan.



akhirnya sampai gak aku kat tujuan aku. cuma sampai je kt sign board EXIT 138 ni aku perasan Sedara Hakim kat belakang. so aku pun stop tunggu dia kat sini.



lepak2 jap. best giler lepak kat tepi highway ni. bila bas ke lori berat lalu bergegar jalan. hahah sonok plak. tp disebabkan ujan rintik2 aku pun memblahkan diri malas nk tunggu sedara hakim tu. isk2..

Monday, November 9, 2009

Mak dan Ayah.. final dah abess




salam.. selesai sudah final exam aku buat sem ni. haha bangga giler. disebabkan kebosanan yang melampaui batas aku telah membuat satu hasil kerja seni yang best!! haha ape dia?

khas untuk seseorang
special 4 my fren aris..

hehe barang semua aku recycle.. percaya atau x. antar barang2 yang aku guna..

1) kadboard APis bilik sbelah buang
2) Pisau si Puyul rumate aku
3) Highlighter AKi rumate aku
4) Gam dan Salotape Bilik Sebelah
5) Plastik amik dari buku Biotech
6) pen aku pnye.. hehe

tu je la pown sbb pas je paper last aku rasa macam kosong jew. tu yg aku mengkreatifkan diri ni. satu tu tujuan dia untuk seseorang yg istimewa la. heheh tp yg satu lagi ni rumate aku nak untuk bday awek dia.. bukan ape ari tu dah janji dgn dia nak kasi.. so suke2 aku buatkan la tuk dia.. heheh

mak akuayah aku

entah nape dalam sminggu ni aku asyik ingatkan kat mak n ayah aku je. baru2 ni g makan dengan membe aku kat Seksyen 2. ada mak cik ni datang jual krepek kat kitorang. skali tgk teringat mak aku kat rumah.. isk ape citer ntah malam tu gak aku call. huhu rindu.. xpernah cmni.. adoi la.. then tadi masa aku gi isi minyak kat seksyen 7 terjumpa satu pak cik ni.. teringat kat ayah aku.. aduhaii.. nak balik cepat nak jumpa dowang.. xtau knape.. insyallah aku doa kat ALLAH smoga aku jadi anak yang soleh supaya nanti dowang ada tmpat bergantung. aku xnak terlambat untuk menghargai jasa kedua mak ngan ayah aku.. banyak dah dowang tempuh dan alhamdulillah DIPLOMA yang aku dapat dulu tu sebagai permulaan aku balas jasa dowang..

thanks mak n ayah.. u all ROCKK!!

Friday, November 6, 2009

Kekejaman Incik Patrik




salam,, dalam kegilaan menghadapi final exam kadang terasa gak jiwa ni nak berjalan2 menenangkan fikiran. Fakta menyatakan bahawa kalau belajar lebih guna banyak tenaga dari berlari2.. jadi baik aku berlari dari study.. sbb itu aku start moto then jejalan dengan sedara mohd abdullah hakim. dia je yg ada.. isk2..

tgh2 menaiki moto ternampak satu menda pelik.. hammmpehh!! sampai ati dowang wat camni. giler kejam!!


lagi satu paper. hurm insyallah boleh buat.. doa je la

Monday, November 2, 2009

Hidup kerana Makan

salam, hahah biotech dah lepas dh tp agak menggerunkan ar sbb 10 markah satu soalan. hampehh nasib baik aku sempat baca pasal synthesis protein tu kalau tak mampus aku nak jawab.

lega... 3 dah lepas 2 more to go..!! come on babeh

Sunday, November 1, 2009

CTU berakhir

salam, adei la ctu dah berakhir, sok plak biotech. so nak kene study ar ni tp skarang pukul 6. 10 petang aku masih depan laptop berjimba ramba (ayat Cik bakal Puan Faradila) :)

kawan aku ada bawak satu game ni. rasanya macam game ni berhantu siot. dari aku study boleh aku turun dari meja study lalu bermain game tu sampai aku mimpi 2 hari berturut2.. haa nak tau game ape?


game ini telah dibawa oleh sedara Deris (rumate aku) dan dipopularkan oleh sedara Alif Nur Ilham (slalu salah nama) dan disokong oleh alip (aku la) dan hasilnya ialah.. seharian tak study xtdo main game tu. isk2. bosan plak tp gian.. hahah HIdup SImCity4 - aku jadi datok bandar
 
Copyright © .