Saturday, March 27, 2010

istikarah


Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu
istikarahlah kita..

salam, susah nak buat keputusan kalau ada dua atau lebih pilihan. kadang2 bila kita nak buat sesuatu kita tak pasti apa keputusan yang patut kita buat.


kadang2 bila kita dalam dilema susah nak patikan sama ada keputusan kita ni betul atau tidak.
susah nak pastikan jalan yang kita pilih ni adalah jalan yang baik untuk diri kita atau tidak. ada jalan yang membawa kepada keburukan dan ada yang ke arah kebaikan.

tp susah nak pastikan jalan yang kita amik tu betul atau tidak
tersilap percaturan kita akan kalah dengan dunia. hidup ini bukan macam jalan2 di Malaysia. ada signboard ada tunjuk arah. hidup ini sesungguhnya baik kalau dipandukan oleh agama dan lagi bagus kalau ada matlamat.


semoga segala keputusan yang kita buat ni diberkati oleh-Nya dan semoga kita membuat pilihan yang betul.


teringat ttg sorang sahabat aku, saudara farhan. susah senang bersama. tp Allah sayangkan dia dan dengan harapan beliau tenang di sana. semoga dirinya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. al-fatihah buat beliau.

Thursday, March 25, 2010

Silap laa


I'm not calling for a second chance,
I'm screaming at the top of my voice.

Give me reason but don't give me choice.
'Cause I'll just make the same mistake again.
james blunt -second chance

salam,



hidup ibarat kereta di atas jalan raya di malaysia, tak sah kalau tak masuk lopak atau lubang yg boleh menggegarkan kepala otak pemandu dan penumpang.

cmtu la ibaratnye kita manusia dengan kesilapan. kadang2 kita diberi peluang kali kedua tpt masih jugak buat kesilapan yang sama. nak buat macam mana ada sesetengah orang degil dan mudah lupa dgn apa yg dh dialaminya..

macam dosa kita pada Allah. tiap2 saat kita dalam tak sengaja akan membuat dosa atau kesilapan yang kita sendiri tak sedar. kita sujud pada-Nya mohon keampunan tp esok buat lagi.


manusia ni pelik. Pada siang hari dia membuat dosa, Petang dia bertaubat tp malam dia melakukan dosa tu semula. Iman senipis kulit bawang tak kemana akhirnya. tp siapa sangka sekecil2 sarang labah2 tu adalah bahan yang paling kuat di dunia. dengan izin Allah semuanya akan berlaku..




Manusia tak boleh lari dari kesilapan. cuma yang penting sejauh mana kita amik berat ttg kesilapan tu. ada orang mmg tak ulangi kesilapannya tp ada orang akan ulang-ulang dan ulang smpai mati.

Semoga aku sedar dgn kesilapan aku dan aku akan jadikannya iktibar bukan rujukan.

yeehaaa!!! maafkan kesilapan aku

Family day


assalamualaikum, Sudah berlalu 20 dan 21 hb mac 2010.. Family day n pertandinga futsal dh selesai semua. alhamdulillah segala kepenatan berbaloi-baloi. huhu best gak ar dengan layan sukannye macam2..


aku tarik tali. rasanya tarik tali paling tak adil la pada aku. pakat2 tolong kat belakang.. refree nak ckp ape dah ramai :)

dah tu main pertandingan yg ada kelucahan skit. kepada saudara rawi kita ni mmg berbakat dan dia telah menunjukkan bakat beliau.. Cayalaaa bro..!



pastu main futsal. sempat gak la aku main futsal ganti geng yg x dak pemain. haha ntah cmne kawan aku zabir kadiran kasi aku pinjam kasut peninggalan rumah beliau. abeh rabak aku main tp kalah gak. huuu sdeih siot tp pape pn aku ingat nak antar kedai la kasut tu kasi jahit.



ingat nak bli kasut maen futsal ke satu. apa lagi sem baru bukak serang al-ikhsan baru bukak kat seksyen 7 nih.. cayalahh!!!


bedebar2 tunggu sok dinner AS220. macam2 jadi tp pape pun macam kata orang

insyallah, segala pekerjaan dengan niat yang baik akan dipermudahkan oleh ALLAH dan diberkati oleh-NYA. yakin dan berusaha lalu akhirnya tawakal.

Thursday, March 18, 2010

Bernarda Alba


a woman's place is home'.

assalamualaikum, baru2 ni ada aku gi Tgk satu teater yang diadakan kat KLPAC kat Sentul bertajuk bernarda alba.

gi sane ingatkan naik bas UiTM tp last2 naik bas skolah jew.. mmg romantik giler sbb dh lama x naik bas skolah ni kan.. isk2 rindu zaman skolah aku dulu.. haha jadi geng bas skolah jap. :P



citer yang sangat best dan pertama kali aku tgk pementasan teater secara professional. ye la slama ni aku tgk teater dak2 UiTM jew. aku ingat lagi dulu ntah cmne aku leh sangkut jadi teknikal krew untuk teater dan tarian UiTM Perlis.


aku jadi krew untuk Festival Kebudayaan UiTM dekat UiTM Merbuk. haha best gak sbb kitorang dpt anugerah khas juri. tajuk teater aku dulu ape ntah dh lupa la..

nak tau citer pasal bernarda alba ni try google.. heheh



sempat gak berposing kat sana.. KLPAC ni mmg best. menggabungkan unsur lama dan baru. bangunan dia asalnya bangunan lama tp ditambah dengan struktur baru. nampak klasik la.


ada plak hasil seni yg menarik hati cm kerusi yang dowang sediakan nih. pape pun rasa cm nak tgk je lagi teater ni. thanks to our beloved Bell lecturer. Mr Alfred C. Philips and with his trademark.. ( Wooo'ooooo)


penat



Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).

Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)



assalamualaikum, penat sungguh bulan ni, dengan famili day, dgn futsal dengan dinner dan macam2 lagi la. amat memenatkan lorr.. tp nak buat cmne dh amanah so kena la buat.

dalam invitation ni siap ada gambar En Zainuri lagi tu.. hebaattT!! sape tak datang alamat nak meninggal.


nasib baik la ada kawn2 yg leh diharap untuk jalankan semua menda tu. alhamdulillah semoga Allah memudahkan segala perkara.



ari ni ada Hari bertemu Pelanggan UiTM Shah Alam. huk aloh macam2 ada.. aku sempat gak pegi dan kumpul banyak2 coklat, buku n pen. hahah jahat giler tp nak wt cmne kalau aku x amik orang lain yg amik. ngeh ngeh ngeh




ada la booth 3b dengan booth peers yg menarik hati aku. bukan ape ada orang yg aku kenai. heheh best ape layan dowang. kat booth peers aku layan la test menatang ape ntah. aku ni jenis KAYU? adakah aku Kayu? oh tidakkk!! hahah
 
Copyright © .