Saturday, March 27, 2010

istikarah


Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu
istikarahlah kita..

salam, susah nak buat keputusan kalau ada dua atau lebih pilihan. kadang2 bila kita nak buat sesuatu kita tak pasti apa keputusan yang patut kita buat.


kadang2 bila kita dalam dilema susah nak patikan sama ada keputusan kita ni betul atau tidak.
susah nak pastikan jalan yang kita pilih ni adalah jalan yang baik untuk diri kita atau tidak. ada jalan yang membawa kepada keburukan dan ada yang ke arah kebaikan.

tp susah nak pastikan jalan yang kita amik tu betul atau tidak
tersilap percaturan kita akan kalah dengan dunia. hidup ini bukan macam jalan2 di Malaysia. ada signboard ada tunjuk arah. hidup ini sesungguhnya baik kalau dipandukan oleh agama dan lagi bagus kalau ada matlamat.


semoga segala keputusan yang kita buat ni diberkati oleh-Nya dan semoga kita membuat pilihan yang betul.


teringat ttg sorang sahabat aku, saudara farhan. susah senang bersama. tp Allah sayangkan dia dan dengan harapan beliau tenang di sana. semoga dirinya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. al-fatihah buat beliau.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © .