Friday, October 30, 2009

Jejalan,

salam, tadi aku baru je pas jejalan kat Shah alam ni. on9 jap tgk facebook then baca blog orang. terserempak dengan blog minah ni.. rasa macam nak kumen2 ar.. try tgk kat blog dia mende yg dia tulis..



dah ditakdirkan orang yang baik untuk mereka yang baik pasangannya dan orang yang jahat tu pasangan dia yang jahat gak. menda subjektif ar tu..

susah nak ckp sbb hal baik buruk dosa pahala tu urusan Allah kan. sedangkan solat tu pun walau baik camne pun kita xtau diterima ke x kan. tp pape pun buat je suruhan Allah tu sbb hal dosa pahala tu urusan tuhan.



ada kawan aku sorang ni yang dah banyak berubah. alhamdulillah dan dia selalu gak kongsi cter dengan aku pasal macm2. bab agama dan bab orang skeliling. teringat aku citer dia yang orang yang baik, pakai lebai pakai baju putih tp kita xtau camne hati dia budi dia. sbb yang nampak hanyalah luaran. sedangkan perompak tu pun kadang2 ada belas kasihan.
orang yang pakai baju koyak2 sluar koyak2 balik lambat lepak kat pub bersosial tu kita xleh nak ckp dia jahat.


hati orang sape tau kan. yang tudung labuh tu baik budi bahasa, tahfiz quran. tgk jela bape banyak pompuan tudung labuh yg melahirkan anak luar nikah. then nilai sendiri..
bila kita diberikan petunjuk dan hidayah kita kena la ajak orang lain bersama dengan kita. kambing kalau dah termasuk dalam lumpur xkan kita nak biarkan, kalau kita selamatkan dia pastu elok la dia. Islam tak cakp kita ni kene duduk kat masjid buat ibadat je. xbercampur dengan masyarakat. kita kena balance.


sebaik2 amalan kita kalau kita buat Amar makruf Nahir Mungkar, ni tidak buat ibadat je, xdak langsung nak betulkan orang lain.. nak kumen lagi tp ckup la.. bosan baca.. hahah


paling penting ialah kawan je dengan sesapa, baik kita jadikan teladan buruk tu kita ubahkan. nak tegur orang cermin la diri tu sape. xsalah kalau kita sama2 buat amal kebajikan.


Thursday, October 29, 2009

doaku

ya Allah…

Seandainya telah engkau takdirkan…

dia bukan miliku…

Bawalah ia jauh dari pandanganku…

Luputkanlah ia dari ingatanku…

Dan peliharalah aku dari kekecewaan".



"Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…

Berikanlah aku kekuatan…

Melontar bayangannya jauh ke dada langit…

Hilang bersama senja nan merah…

agar aku bahagia…

Walaupun tanpa bersama dengannya".



"Dan ya Allah yang tercinta…

Gantillah yang telah hilang…

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…

Walaupun tidak sama dengan dirinya".




Monday, October 26, 2009

Study Hard

salam. mood study dh sampai. hahah ari ni aku nak study tp niat je la. padahal tgk movie je dengan rumat. aduhaii... 1st paper HRM 530.. adei. tgk kertas soalan pun cam nak rebah jew. study.. study .. study.. rebah di katil jua hendaknya.. muhahaha




** naufal : perkembangan skarang. masih belum jumpa dengan dia. masih mengharap

Saturday, October 24, 2009

Sebelum Exam

salam, peristiwa yang berlaku beberapa hari ni

1) Aku dalam dilema nak gi Kelas SOIL AGR 501 atau Majlis Jamuan Raya dan AGM ALumni MPP. tensen last2 aku gi dinner sbb makan free.. wahahaha


masa ni AGM. aku buat ape? makan je la



2) Jalan2 gi merayau serata Shah Alam. Lepak kat Taman Tasik Shah Alam Sambil Makan ABC bungkus dari Seksyen 2.

3) semasa merayau kat bulatan mane ntah, dengan Izin Allah tetiba tongkat moto aku tercabut. adesh2 kat tgh2 bulatan plak. POsing balik amik tongkat tu. aisehh cmne leh jadi nih.. aduhaiii


Sedara Hakim sedang mengambil tongkat di tgh jalan

4) Jumpa dengan membe yg Konvo ari sabtu tu. isk2 ramainye umat manusia yang konvo. hahah nak bli bunga ke coklat ke tp mahal so cari yang murah2 je.. malam tu pi makan MC D. adeh2 lari budget.


hahah
lupa nak citer. ada kawan aku sorang ni dari UiTM Arau. kitorang sama2 sambung study kat shah alam ni. tp ntah camne dia jatuh sakit dan terlantar di hospital. aku nak jenguk tp jauh sangat. kesian kat dia. aku cuma boleh doakan kesejahteraan dia. katanya kena kanser tp kalau berubat ada orang santau. wallahualam.



Hanya Allah yang mengetahu apa yang terjadi di langit dan di bumi ni. semoga dia sihat sejahtera dan baru2 ni dengar citer dia dah boleh balik rumah.
beliau dengan nama manjanya Fad sorang yang manis, comei dan baik hati. kata orang sejuk mata memandang dan memang jadi rebutan mak ayah untuk jadi menantu. :)


sedih sbb konvo dia xdapat datang. atau dia datang mgkin aku tak perasan..
smoga dia cepat sembuh dan kembali bersama dengan kitorang kat Shah Alam ni. :)

smoga cepat sembuh

Friday, October 23, 2009

Konvo

Salam, rasanya macam kejap je aku dah abis diploma. skang ni dah konvo dah. alhamdulillah syukur pada Allah dengan segala rahmat dan limpah kurnianya sahabat2 aku dan aku sendiri dah selamat dikonvokan. Famili aku datang dan harap sangat dowang bangga. ni la hasil dari titik peluh mak ayah aku.

masa aku kat atas pentas rasa bangga sangat sbb aku tau mak ngan ayah aku tgk dari jauh. perghh pada aku antara event yg aku rasa puas hati sangat ialah


1) masa aku dapat anugrah Night Of Planters Awards (NOPA)

2) masa aku Konvo


masa tu aku rasa macam aku dah sampai satu tahap kepuasan yang aku sendiri tak pernah nak rasa selama nih. bangga gak tp xsampai riak. aku tak lupa kawan2 aku yg sokong aku dulu. thanks eberybody!! i love u all.. wuhuuu!!!


aku rasa macam nak kongsi sumting ar. isk2 segan pon ada tp ntah ar aku rasa ni la yang dikatakan naluri. aku baru je masuk dgree ni. aku rasa macam dah malas nak pikir pasal hubungan special ni. rasa macam patah hati. well alhamdulillah aku dah banyak berubah. mgkin aku silap masa dulu sbb hubungan yg tak diberkati oleh Allah.

aku doa selalu dengan harapan dilupakan masa lalu dan diberikan permulaan yang baru.
alhamdulillah aku rasa sumtin bila nampak sorang ni. xtau nape slama ni aku tak pernah rasa macam ni jarang sangat tp bila nampak dia aku jadi serba salah. nak tgur pun segan nak ape pown segan. isk2.. sape dia? ada dlm pic atas. ntah ar aku risik2 gak sbb aku xbrani nak tanya nama dia direct. aku pemalu skett. ceewaahhh!!!

tp insyallah doa aku kalau la ada jodoh antara aku dengan dia. mungkin ke jinjang pelamin kali ni. Jika Itu Cintaku..

** ape aku ngarut nih???

p/s : Mak n Ayah. Terima kasih atas segala pengorbanan mak ngan ayah. cinta ini kasih ini dan perasaan ni hanya dapat ditunjuakkan dengan sekeping DIploma dan terjemahannya berserta sedikit tulisan2. Pengorbanan mak ngan ayah tak akan ku lupakan. Demi Hidup ini, Ku persembahkan pada mereka berdua....

Tuesday, October 20, 2009

Busy

salam.. minggu yang membusykan diri. heheh xtau nak sambung citer dari mana.. uummm

1) ada test CSC

2) malam tu ada DInner AS220 kat dengan canseleri

3) ada quiz HRM

4) ada Konvo

5) ada Asingment

6) adoii laaa



heheh malam smalam ayah aku call aku.. katanya nak datang sini tp xdak tempat nak stay.. adei la ayah aku ni kejap nak datang kejap xnak datang. alih2 nak datang... tp pape pown DATANG laa... eheee aku nak sangat sbb aku anak sulung so aku yang pertama dapat diploma dalam famili aku. xkisah diploma ke asal dapat konvo kan.. heheh cari pnye cari tempat sewa ada la satu hotel ni.. nama dia EZ World Hotel dengan harga bilik Deluxe RM 79. isk2 murah gak ar.


dengan bantuan Moto AGE Hakim kami pown pergi ke Hotel tersebut..
namun begitu tidak nama cabaran kalau tak ada halangan. cillakakk boleh plak masuk highway sampai ke plaza tol Kelang Utara tu.. isk2 dah la tu silap masuk lorong bolee patah balik dalam highway tu.. isk2.. padahal dekat je hotel tu.. adoi mak!!!

bawah ni pic masa dinner.. wahaa pas je TEST CSC aku teroos gi dinner.. lapa so Makan je la. tunggu ape lagik..

abdullah hakim

aku

dak2 nih.. snap skit
tujuanku. mAkAn

Tuesday, October 13, 2009

Derma darah pada Chin Peng

smalam Pusat Darah Negara datang kat foyer Menara SAAS tu.. ada derma darah. aku pun dh lama x derma so gi ar derma. sebelum tu berlari nak gi makan sbb x makan xleh derma. biasa la pas derma ada la makan2 kan dowang sediakan tkot2 gak la kitorang pulun habis2. so dah kenyang gi ar derma. adeii la macam2.. heheh sonok gak.. dak Abdullah pun derma gak. isk2..

seminggu sebelum. ada sekor kucing aku jumpa kecik n comei jalan terhegeh2 macam orang tua. meow2 satu perindu. aku rasa dia round perindu 1 sampai 4 ni sbb nak cari mak dia kot. disyakki mak dia telah maut semasa melahirkan dak chin peng ni.. hahah aku n rumate2 aku amik la bela dia. kasi minum susu, makan pe smua.. rumate aku ALip gak kasik nama Ching Peng.. sbbnya... ntah ar dah dia yang bagi.. waktu2 mesra dengan CHin Peng sungguh bermakna.. cewwaahhh!!! tiap2 malam datang bilik kitorang makan nasik.. pastu lepak2 dlm bilik. slalu chin peng lepak kat cooler tu.. kesian x dak mak...

namun dijadikan citer cukup seminggu chin peng hilang tanpa berita.. alahaiii.. pelbagai andaian telah berlaku..

1. Kene Culik
2. Kene Lenyek
3. Tersepit dalam Lubang Jamban
4. Merajuk
5. Telah Menemui Penjaga yang baik.

pape pun aku harap sangat CHin Peng SIhat Selalu.. Hope so.. best of luck Chin Peng..

Thursday, October 8, 2009

Karya aku.>!!



salam... ni la karya aku buat masa kelas.. !! ahahah






Jiwa..

salam. arini agak sedih skit. bukan ape sbb nak layan jiwa ni. jarang sekali nak layan jiwa ni kadang2 bila dah free nak gak rasa. smalam masa jawab test Bell aku teringatkan kat seseorang. ntah ar cmne leh teringatkan dia. sampai ke malam aku tak senang duduk. nak call nak msg xleh. dia marah karang.. ntah la..


aku gi teman kawan g bli hadiah buffday awek dia. aku masuk satu kedai ni. ternampak sumtin yang cukup cntik.. huhu aku teringin sangat nak beli tp aku xtau nak kasi kat sapa. ntah la.. sedih lagikk!!! nasib baik kedai nasik lemak tu bukak lagi. terubat gak la kesedihan ini dengan nasik lemak Jati. :P



orang cakap kalau sedih, gembira, kecewa, bahagia, suka, duka dan macam2 la kita kene ucap syukur kat Allah. bila sedih baru nak ingat kat DIA payah la kan. insyallah semoga aku ni tak tergolong dalam orang yang tak bersyukur.


Tuesday, October 6, 2009

pesan orang tua

salam.. kata orang..
kasih orang lain kalau ingin dikasihi
tolong orang lain kalau ingin ditolongi
dengar orang lain kalau ingin didengari
hormat orang lain kalau ingin dihormati
sayang orang lain kalau ingin disayangi
ingat orang lain kalau ingin diingati

tp..

memberi bukan bermaksud menerima kembali
menerima bukan berarti perlu memberi

percaturan Allah yang terhebat
kalau memberi usah dikenang kembali
kelak nanti makan diri

buat baik dibalas baik
buat jahat jangan sekali


Sunday, October 4, 2009

Test!!!

salam.. 1st skali epy bday kat sahabatku ainul fauzei.!! ahaaa rumate aku sebelum ni.. smalam bday dia.. dan paling penting skali 2/10 adalah bday ayah aku!! Selamat Hari Jadi kepada En. Md Aliudin Zainon. kesian kat ayah aku bila aku call tanya dapat hadiah ke x dia cakap xdak sape nak bagi kat dia. adei la.. tp aku dah kasi advance dh. Butang baju melayu Mutiara khas import dari Labuan. yeezzaaaa

epy beday to my father.. with my pak tam... dia sebelah kanan..


Semalam ada test 2 HRM. sehari suntuk aku study. macam nak final exam dah rasanya tp alhamdulillah la berkat doa dan usaha dapat la jugak jawab. huhu tiru? wwoooo bincang je memula. pastu buat sendiri. hahah x tiru pown. buat keje sendiri. xleh jawab sudahhh!!!



sehari sebelum tu. ada Jamuan berbuka puasa Kolej Perindu yang tersayang. :D haha aku pergi dengan niat semata-mata nak MAKAN je. apa lagi gi ar.. tp alhamdulillah setiap kali gi memana selalu ontaim..!! pegi terus beratur amik macam orang gila. hahah dari pagi xmakan tuh!!! biasa la kalau kita x abeshkan makanan tu sape lagi. tak ke membazir namanya tu... isk2..

haa tadi masa nak gi kelas terserempak dengan moto lagenda uitm perlis.. haha membe aku pnye.. isk dia ni memang terer bab moto. tp moto dia memang tak leh disangkalkan lagi kehebatannya.. hehe



Thursday, October 1, 2009

Hp dah ok



Salam.. selamat hari raya.. raya mood lagi ni tp nak buat cmne test telah mematahkan semangat raya aku kali ni.. hp aku dah ok.. :) makan gak rm 30 untuk format.. baru je cadang nak beli hp baru. sony e k850 tu.. dalam rm 500 jew.. tp ok la daripada bli cam.. isk2 delima aku sekarang ni. aku minat camera DSLR .. tp budget ada la.. ntah camne hp leh rosak. baru cadang nak bli baru dah ok balik. isk2 susah ati plak. last2 dedua aku tak beli..




menghitung hari ni. sabtu test ahad test rabu test.. hidup dengan test je.. isk2. tp malam ni malas study.. Celcom pnye bday free call ada lagi. wahahah call la semua orang.. ala tukar 8pax sehengget je.. tepon macam orang gila.. sape nak aku call? meh number...

aku xdapat adiah pown. isk2 sedih ooo tp xkesahh.. yang penting aku dah hadiahkan diri aku sepapan coklat cadburry.. wuhhuuUU!!!!! mak aku ucap epy bday kat aku.. sedihh oo.. Aku sayang Mak aku!!!

Terima Kaseeh Celcom.. adiah bday yang aku tunggu2!!! gayut sampai bengkak telinga!!



haa disebabkan hp dah ok. ni la gambar yang aku sempat snap masa bakar lemang. haa aku buat nih. baru tahun ni aku buat lemang. bakar skali.. isk2.. sonok lak.. mak aku try buat lemang tepung.. wuuu sedap siot..!!

 
Copyright © .