Saturday, July 17, 2010

tulis dialog



salam, bosan di malam sabetu ni kan xtau nak buat apa. ada la skit menda yg aku nak try kan. kot2 la ada sambutan ramai aku nak gak wat contest skit.. sape menang dpt la topup ke ape ke kan.. hehe ada brani ke?

tp try dulu smbutan cmne.. agak2 korang la kan ape yg boleh korang tuliskan dialog berdasarkan gambo di bawah ni. eheee


haluih? klick untuk besaq
tulis la kat comment tu dia pnye dialog..
TinyPic

Thursday, July 15, 2010

sotong





”Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” [Al An’aam:59]



sotong Paul yang dikeringkan. tu la jangan taksub sangat dengan ramalan seekor sutung yang bernama paul. dia tak tau pape pun. kesian dia ek

TinyPic

masihkah?




salam, aku tertanya2 masih ada ke orang yang akan support aku dan berdiri di belakang aku.

aku pernah buat program dengan ramai orang dan antara orang yang aku yakin akan berada di belakang aku dan support aku antaranya ialah allahyarham farhan dan aloi.

dua orang ni senang kerja dengan dorang. banyak gak aktiviti yang aku dh wat dengan dorang ni. Score A for English (SAFE) 2008-2009, UMSKAL - UiTM Perlis Lambaian De Desa, jadi OC dan macam2 lagi la.



tapi malam ni aku tertanya2, adakah kawan2 aku masih lagi sanggup berdiri di belakang aku dan support aku dalam apa yang aku lakukan..


itu persoalannya..


TinyPic

Tuesday, July 13, 2010

قليلاً , قليلاً, سيصيرُ جبلًا


قليلاً , قليلاً, سيصيرُ جبلًا.
hari ni masuk kelas arab group F. dalam sejarah hidup aku la kan ni la satu2nya sorang lecturer yang foreign ajar aku tambah2 bahasa arab. aduhaii mati aku camni . lecturer melayu yg ajar aku pun aku still tak paham ni lecturer foreign. hope la berkat dia ajar aku



sipot sedot tol dak2 ni kasi aku jadi ketua kelas. dh la aku arab xpandai sangat dibuatnye tanya aku macam2 nak ckp ape..



asif ya ustaz, ana la arif.


yg ni aku hapal.
ahaha tp pape pun ayat pertama yang aku belajar dari dia ialah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. pesan lecturer Arab aku, Dr Muhammed Yusof dari Nigeria berkata

jangan malu dalam belajar, biar orang gelakkan kita tapi akhirnya kita akan faham apa yang kita salah. Jangan malu untuk buat kesilapan kerana dari kesilapan kita belajar


ni lepas translate ar. hehe



TinyPic

Monday, July 12, 2010

teman



bila masa kian berlalu, masing2 dah berubah dan berjaya dalam hidup masing2. 10 tahun lagi kami akan bukak laptop masing2 dan belek balik gambar2 masa diploma, dgree dan kami akan tergelak sendiri.


'Matang' nya kami masa tu.



itu yang dikatakan kenangan terindah.

tak akan terganti, setiap kenangan yang telah terukir


TinyPic

Sunday, July 11, 2010

MLM






salam, satu kisah di hari ahad yang indah. entah rasa berat nak cerita tapi blog aku peduli apa aku kan. haha aku ingat lagi masa zaman diploma kecoh dengan skim MLM yang entah ape2 ntah. pernah aku nampak orang2 yang kaya kononnya berjaya dalam MLM ni bawak kete hebat2 bagi ceramah kat budak2 UiTM. tapi aku tak kisah itu hak dowang aku just lalu sebab masa tu nak gi kelas je. tapi masa balik aku nampak pak guard serang dowang. haha ntah la aku x nak komen ape2..


satu hari ada kawan aku ajak kitorang ke autoshow. ramai gak la yang gi smpai ada yg snggup g pinjam camera nak tgkap gambar. aku 1st time kot nak gi dengan duit dalam poket ada rm 5 je. gi jugak layan tapi bila sampai alih2 cuma yang ada hanya ceramah MLM ni. aduhai kene tipu hidup2 dengan kawan sediri. tak banyak cakap terus start moto balik. dengan lapanye masa tu redah jugak balik kolej. sedih sangat masa tu sebab kawan sendiri tipu kita kan. hari ini jadi juga perkara yang sama. oleh kawan lama aku. memula ajak keluar aku dengan terpaksa gi ar jugak sbb kawan lama xjumpa kan. hari ni aku dengan kawan2 aku cadang nak beriadah dekat Bukit Cerakah tapi terpaksa aku tinggalkan dowang. bila sampai aku terus dibawak ke tempat ceramah tu. aduhaii!! aku panas hati sangat2. pas je satu sesi aku terus blah. tak banyak cakap dah. aku bukan tak suka. Itu HAK MASING2 la nak join ape pun cuma jangan la aniaya kawan sendiri macam ni. aku pantang la. aku tak kacau pun korang nak masuk ape2 pun jenis pelaburan ke ape ke cuma kalau nak ajak gi dengar ceramah ke ape ke bagitau la awal2. Hak korang nak join ape2 pun tapi hak aku untuk hadir ke tak. tak perlu nak menipu kawan sendiri. ni nak jual persahabatan sendiri hanya kerana duit


HAK MASING2 nak join ape pun. tapi jangan la paksa2 orang kan. aku tak tau la bape ramai yang kes sama macam aku. Aku tak menghalang tapi ini
hak aku untuk tak join. aduhai.. ari ahad yang menyakitkan ati sangat2
p/s : Panas hati aku tros gi bli ABC Fredoo

TinyPic

Saturday, July 10, 2010

hari ini





salam, dalam hidup ini ibarat berjumpa dengan banyak persimpangan. kadang2 kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dalam dunia ni. ada yang pelik, ada yang baik ada yang jahat ada talam dua muka ada yg ikhlas dan macam2 lagi. setiap saat hidup kita ni banyak perkara baru akan kita jumpa. bak kata orang bijak pandai, hidup ini indah.


dalam hidup seseorang mungkin pernah sekali kita muncul dalam hidup dia. muncul kita dalam pelbagai bentuk pengalaman. ada sebagai seorang sahabat, seorang musuh, kekasih dan sebagainya. aku terbayang tentang sesuatu. adakah kehadiran aku dalam hidup seseorang mampu merubah sesuatu di dalam diri orang tersebut?

adakah aku penting dalam hidup seseorang?







TinyPic

Thursday, July 8, 2010





salam, dh lama xupdate blog. biar la blog aku. ada sape kesah. hehe Sem baru dh masuk. macam2 menda kene pikir, banyak menda kene buat dan macam lagi la. sem baru ni entah la rasa macam tak ada semangat sangat. tak tau la kenapa. mungkin result terok kot. pape pun langkah kaki kanan ku masuk dalam UiTM Shah Alam ni. semoga sem ni gempak siot!! hehe



cuti sebelum ni ntah la ape yang aku buat. kadang2 rasa macam singkat je walaupun cuti dua bulan. hidup ni macam ni la kalau xtau nak buat apa. jalan2 merata tempat tapi yang memeningkan kepala ialah nak buat thesis ni. aduhai pening


dalam hidup ni banyak kali kita dalam dilema kan. rasanya tak tau cam mana nak hadapi sume ni. bila diberikan pilihan antara dua pilihan yang penting dalam hidup kita. susah kita nak buat keputusan. antara dua pilihan kalau kita silap pilih nanti macam mana. itu yang menjadi persoalan. tapi apa pun kepada-Nya kita berserah



Duit ptptn dh dapat. Kuala Lumpuq jom!!

TinyPic
 
Copyright © .