Sunday, September 27, 2009

Epy BdaY

salam. dari ipoh ke Shah Alam.. Alhamdulillah selamat sampai dan ada kat bilik da pown.. Raya Yang SerunukK!! Main Futsal 2 malam berturut2.. huhu lepak dengan member .
1) Aswat Bunge (UPM)

2) Nazri (Koje)

3) Apis (Poli)
4) Sapuan Lonjong (UIA)

5) Praba (Poli)

6) Zamharul (Poli)

7) Azizi Aziz (UIA)
8) Rahmat

9) Amar

10) Aizuddin (UK)


banyak lagi ar.. alhamdulilah semua dah berjaya. insyallah pasni kawin plak.. tgk sape dulu yang nak kawin.. smoga Allah memberkati perjuangan kita..


Eppy Bday To me!!! My Wish **

Materialistik..

-nak camera Nikon DSLR
-nak hp Sony Ericson 5 mp
-nak moto besar ( Yamaha YZR)

Rohaniah..

-Smoga Allah Ampunkan dosa Mak Ayah aku, Adik beradik aku, CIkgu-cikgu Aku, Sahabat aku.
-Nak mati dalam keadaan beriman kepada-NYA dan sempurna
-Semoga aku Istiqamah dalam setiap Amal Ibadah aku
-Semoga Aku diberkati dan dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan
-Dapat Jodoh yang baik dan zuriat yang soleh dan solehah.

Tuesday, September 22, 2009

Hp aku rosak

salam.. nak dijadikan cerita sedih di malam raya.. hp aku terjatuh pada kadar yang aku rasa x la serius sangat.. tp entah mengapa bila aku start balik dia dirasakan mengalami sindrom nak bagi tuan dia mengamuk di malam raya.. xleh nak start dh. asyik restarrrttt je sampai aku pun nak ketat je muka.


nasib baik aku ada hp lagik satu.. kalau x merana la diri aku ini.. raya kali ni aku ada gak try bakar lemang.. alhamdulillah aku berjaya gak ar bakar lemang... gambar aku ada dalam hp yng rosak tu.. tp xleh nak upload.. apatah lagi nak bukak.. nasib badan.. aku tlg mak aku buat rendang, buat nasi tomato dengan jelatah pastu buat laksa.. mak aii aku ni macam blajar masak plak dengan mak aku.. tp pape pun aku tau aku pandai masak.. raya kali ni aku rasa macam x meriah sangat. entah kenapa... mungkin

a) aku xdapat duit raya
b) aku xdak duit nak bli mercun banyak2

c) aku tak balik kampung

d) gf aku xdak

e) mampuih pi aku la nak rasa xmeriah


aduhaii. susahnyeee tema aku kali ni .... mak aku paksa pakai wane KUNENG!!

Friday, September 18, 2009

Balik Kampung





Salam. semalam aku balik rumah.. hehe naik moto bagi tidak menyumbangkan kepada kesesakan di bas stesen. hehe nasib baik ada moto buruk aku tu.. alhamdulillah sampai dengan selamat. perjalanan 3 jam je dari shah alam ke Ipoh. hooo aku pnye rumah kat mana? eheh


jangan pikir bukan2 plak. sebenarnya Tanjong Rambutan ni satu pekan kecik. pekan yg menghubungkan chemor dengan bercham n tambun. kira jalan lama ar. Hospital gila tu plak Nama Sebenarnya ialah HOspital Bahagia Ulu Kinta. tp p ramlee pnye pasal la ni sbb hospital tu kt tanjong rambutan trus lekat Hospital Tanjong Rambutan (Spital Sakit Jiwa) tp seronok tinggal kat sini sbb dia pekan kecik. relax je. nak kata kampung x bandar pun x. ke ipoh dlm 10 minit je. Oi!! bakal ada Mc Donald tau. Perlis pun xdak Mc D. ok pe.


Aku balik naik moto buruk aku ni.. saing dengan mohd abdullah hakim. tp masalahnye dia budget moto aku ni macam LC 135 ke? mentang2 dia pakai moto tu. aku kristar je.. punya la bawak 140 km/j. tp nasib baik la moto aku ni bole dikatakan power gak la. stakat 130 km/j tu leh kejar lagi ar. Smalam merupakan hari lenjan moto aku.. hahah aku bawak sampai abes meter tu agak dalam 150 km/j ar. pertama kali sbb aku nak kejar moto lc tu. isk2.. bangganya aku dengan moto aku. nak tgkp pic buat bukti tp malas ar karang aku raya xdak hp. :D xpercaya sudaa!!!


kol 11.08 gerak sampai dalam 2.00 petang kt rumah aku. sebelum tu jumpa Abdul Rasyid sbb nak amik moto kawan aku letak kat rumah dia. pusing2 shah alam dulu pastu gerak ar.. atas highway 11.08 pagi.. dari Highway Guthry ke Ipoh straight..

So skang dh smpai rumah.. tdoozz

Wednesday, September 16, 2009

Sahur!

salam. rumate aku perli smalam. ngan kawan2 susah oo nak ajak g sahur. jadi untuk pertama kali aku bersahur kat luar.. hahah xpenah lagi woo ramadhan kali ni.. alasan nak jimat tp duit abih kat tempat lain.. isk2 cmne aku nih.. makan ar kat Khulafa tu.. slogan dia best "we're not the first but we're the best"

sempat snap skit.. Aannee!!! kasik kuah lebeyy!!!



Tuesday, September 15, 2009

LailatulQadar

salam.. posa ni ada satu malam. nama malam lailatulqadar. malas nak taip panjang pandai2 la kan dari sklah rendah sampai menengah sampai U smpai nak mati pun orang akan ckp pasal malam ni.

malam yang lebih baik dari seribu bulan. mgkn agak lambat untuk buat post tajuk nih tp doa2 la.. moga2 kita dipertemukan dengan lailatulqadar..


esok test bell.. aku tak study pown.. ntah ar jap lagi kot nak belek2 buku ni. pastu khamis ni ada lab soil then kelas bahasa. adoi la... pas kelas bahasa... apa destiasi kita?

Jalan Masjid India

Monday, September 14, 2009

Kelas Batal

salam, ari ahad ada quiz hrm dan ada kelas lepas tu. akhirnya kelas itu dibatalkan sbb student x dak komitmen nak study. En zai merajuk.. isk2 sedih gak ar sbb aku nampak ar mata dia macam dah merah je. dia ckp dia dah siapkan slide untuk kitorang lagi.. isk2 aku pun xtau nak ckp cmne. kadang2 nak manage 100 lebih orang ni memang satu perkara yang susah. aku? stay je la sbb ujan lagipun masa quiz dia dh ckp dh.. ntah ar. aku pun sedih gak sbb kalau kelas batal xsampai 5 minit sume tau tp kalau kelas ada 5 minit baru 2 orang yg tau. nyway study niat Lillahitaala...


uuuu ari ni bukak posa dengan membe aku. dak ni aku kenal masa xpdc pendidikan dan kerjaya. orangnya ok la tp sbb dh lama lost contact dulu aku rasa segan skit dengan dia. hahah pape pun ni la 1st time aku makan kat kedai pak li kopitiam tu kat seksyen 7 blakang Hakim. mahal gak ar tp puas ati la.. agak puas hati hahah.. pape pun ok la.. sonok gak bukak posa dengan kawan2 lama. tp dalam diam tak diam ramadhan dh berlalu kan. susah ar nak percaya...

aku doa tiap2 hari smoga ramadhan kali ini akan memberi impak yang besar pada aku. dan alhamdulillah berkat usaha doa dan bantuan kawan2 aku. alhamdulillah aku dah makin berubah. aku sebenarnya malas gak sbb tu masa skolah rendah sampai la diploma aku asyik dapat b je. tp dgree kali ni nak try pulun skit. nak score la abes2 paling tinggi..

cita2 aku tinggi oooo harapan nak sambung master n phd kat overseas.. aku ada jumpa dengan bekas Pengarah Kampus UiTM Perlis.. Dr Ahmad Redzuan. dia sorang yg hebat,, dia citer kalau jadi 1st class graduate masa dgree ni UiTM akan kasi schoolarship.. insyallah berkat doa aku ramadhan ni smoga kawan2 aku dn aku dapat teruskan perjuangan...



one more thing.. sejarah dlm hidup aku ar berbuka puasa dengan sultan Selangor.. heebbat!! alhamdulillah Allah bagi rezki kat aku dan kawan smpai dapat makan kat dalam meja vip tu. isk2 tak pernah aku sangka2.. bertuah ar.. nasib badan.. rezki Allah bagi aku duduk bukak puasa dengan barisan pemimpin negara. isk2 susah nak ckp.. alhamdulillah syukur.. segala puji-pujian hanyalah pada -MU Ya Allah.


Friday, September 11, 2009

mungkin

salam, dalam tak sedar dh 5 tahun lebih aku tinggalkan seseorang ek. isk2 satu masa yang agak panjang tu tp ntah ar.. knapa masih ada perasaan sayang lagi pada dia ek. mgkin sbb dia cinta pertama aku kot. wallahualam.

malam ni agak jiwang sedikit dengan background lagu Mungkin - anuar zain yang bagi aku banyak maknanya. orang tu nak sambung study kat new zealand. alhamdulillah dalam diam tak diam dia akan pergi jauh. ingat lagi dekat cc, pondok telefon kuning, Maybank, jejantas... tempat aku jumpa dengan dia buat kali pertama.

kerusi batu dekat dengan pak guard. hahah dah mati dah pown pokok tu. tp tu semua kenangan aku dengan dia. yang pertama dan selamanya.

5 tahun berlalu, tarikh 15 01 ... semua dah berlalu. dan sekarang ni aim aku 1st class dgree then continue master n phd kat new zealand. kalau dh jodoh akan aku tunggu sampai ke akhir hayat (ayat ni aku ske sangat sbb baru pas tgk Nur Kasih)


mungkin / biar masa menentukan segalanya

Wednesday, September 9, 2009

Hari Yang Demam

salam.
mulanya aku dh rasa macam malas nak berblog ni. sbb aku malas ar.. kadang2 xdak masa dan kadang x dak peluang nak tulis2 kat blog nih tp pas je aku tgk blog sorang coursemate aku ni rasa bersemangat balik nak berblog. hahah ape kes ni. broadband dh bli dh... insyallah aku cuba update..

bukan nak kasi orang baca pown saje suka2. hahah ari ni aku ditimpa bala bencana dari Allah. aku demam sampai macam sehari suntuk aku x mo pi kelas. tp alhamdulillah ar mungkin aku ada buat silap dengan Allah atau sesama manusia. tu yg jadi cmni tu. jarang aku dapat demam selesema nih. hope bukan h1n1 ar.

apa2 pun ari ni aku x mo pi kelas.. haha jahatnye aku.




 
Copyright © .