Tuesday, December 21, 2010

bila kali terakhir

salam, bila kali terakhir kita berada di tempat dibawah ni?

bila kali terakhir kita ingatkan mati?
bila kali terakhir kita bersyukur?
bila kali terakhir kita bertaubat?

bila kali terakhir kita menangis?
bila kali terakhir kita bercinta?
bila kali terakhir kita ingat tuhan?
bila kali terakhir kita solat?
bila kali terakhir kita bernafas?



cuba pandang kiri dan kanan kita sekarang? bila kita akan mengadap ilahi?



TinyPic

Sunday, December 19, 2010

:)

salam, hidup ni macam2 ada. banyak yang akan kita hadapi dan bak kata sorang kawan aku dalam fb.

hidup ini macam bawak kereta kat highway. dalam kita pulun nak ke depan sekali2 kena tengok jugak side miror kan baru boleh menjamin kelancaran perjalanan.

ada makna jugak kan. sama la dalam apa pun kejadian dalam hidup manusia. setiap perkara akan ada hikmahnya dan qada' dan qadar adalah satu perkara yang wajib kita percaya. bercinta satu perkara yang membahagiakan tetapi putus cinta adalah perkara yang menyakitkan. nak tak nak kita tetap akan terus kehadapan. mungkin kisah yang lama dijadikan panduan untuk masa depan.






TinyPic

Saturday, December 18, 2010

Ini serius!!

salam, khas untuk pembaca serius macam aku. hoh!! agak layan jugak la dengan isu2 yang diceritakan. kata2 pedih dari encik serius kita ni. tu sebabnya hanya untuk golongan yang serius. bak kata wonderpets.. yehaaaa!!! ini serius.....




Semuanya serius. Hatta ketika berak sekalipun aku akan serius. Tak bole senyum masa berak kamu tahu. Kalau senyum taik tak keluar. Tahi benci senyuman dan gemarkan serius!



TinyPic

Sunday, December 12, 2010

hantu kak limah

"Kalau kita nak jadi masyarakat maju, kita jangan percayakan sangat dengan tahyul."
-mamat khalid-



assalamualaikum, sejak akhir-akhir ni aku rasa macam lambakan filem2 yang berunsurkan hantu semakin banyak la. hadoi aii...kalau pi tgk kat panggung wayang belambak2 citer hantu. rasanya hantu pun dah takut dengan manusia sekarang ni.




sekarang ni kecoh dengan hantu kak limah balik rumah. apa pun tabik pada Mamat Khalid sebab dia berani buat benda2 macam ni. tapi aku rasa hantu kak limah ni citer pasal zombie. kesinambungan dari zombi kampung pisang. hoh!! kene tengok ni tapi tiap kali aku nak tengok penuh panggung. Tungggu!!!!!



citer mamat khalid ni boleh dikatakan sebagai satu seni jugak la sebab unik dari yang lain. mula-mula aku agak meluat jugak la pasal citer yang mamat khalid buat ni tapi lama-lama bila aku tengok balik macam best je. tahniah abg mamat khalid. Aku rasa macam ada sumtin dalam filem yang dia buat. Choorr!!!! Bangge aku jadi orang perak!!




jumaat hari tu nak tengok cerita hantu kak limah balik tapi penuh pulak la.. dari pagi sampai malam. aku tengok citer kami tak bodoh. not bad la.. layan gak!! citer pasal remaja2 mude belie.. ate!!! tak gheti2 lagi nak beli tiket awal!!

bange jadi orang tanjong. bile abg mamat khalid nak buat filem kat tg. rambutan?


P/s : pasni nak tengok citer transformer 3:Dark of the moon. tunggu!!



TinyPic

Saturday, December 11, 2010

Dia





assalamualaikum, hari ini hari ahad. dan aku masih kat shah alam ni. bertambah2 kebosanan dalam diri aku ni tapi apa yang aku boleh buat selagi urusan kat sini tak selesai lagi kena la duduk sini lama sikit.

aku rasa pelik dengan perasaan ini. kadang2 ada orang benci untuk jatuh cinta lagi sebab takut dikecewakan lagi. walaupun aku pun rasa macam tu jugak tapi setiap dalam hidup ini ada risiko sendiri. nak berjalan keluar rumah pun ada risiko. risiko untuk kita terjatuh, risiko untuk kita dipukul atau risiko untuk kita dikecewakan lagi.




memang kita perlu membuat keputusan yang terbaik dalam hidup tapi kita hanya manusia biasa yang merancang dan Allah yang menentukan segalanya. tapi semua itu tak bermaksud kita tak perlu berusaha. yang penting pegangan dan prinsip kita untuk hidup.



pada aku hal jodoh ni dah tertulis dah dalam luh mahfuz seandainya insan yang lahir dari rusuk kiri aku ni dengan izin-Nya akan kembali ke pangkuan ku. akhirnya terpulang pada aku sendiri sebab dah ditetapkan jodoh lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.



tahun2 berlalu banyak perkara yang telah terjadi dalam hidup aku dari sekecil2 perkara sehingga perkara yang aku sendiri tak pernah jangka dalam hidup aku. buat masa ni biar aku baiki diri aku dan jadi insan yang baik dan soleh. hal2 lain semoga dipermudahkan oleh Allah.


p/s : for sumone dat i care but not love
TinyPic

Kerja


salam, kembali menulis di blog aku ni selepas lama senyap. haha peduli ape sebab ni blog aku. ada sebab2 yang membuatkan tangan aku ni kaku untuk menulis dalam blog ni. banyak perkara yang terjadi dalam hidup ni yang boleh kita kongsi bersama.


Dalam diam kita dh lepas tahun baru cuma tahun baru islam ni kurang skit sambutan dari tahun baru masihi. tapi apa pun air yang keruh harus kira buang dan gantikan dengan yang baru.


baru2 ni aku ada kerja dalam UiTM sebagai penjual bunga yang hebat :) tak ada la hebat sangat cuma sambil2 nak cari duit lebih nak beli laptop baru. dalam kerja ni mak aku selalu pesan satu perkara :

kerja dengan hati yang ikhlas dan jujur. jangan menipu


berkat pesanan mak aku tu alhamdulillah jadi orang aku sekarng ni. bukan senang nak cari orang yang jujur dalam berkerja ni. kadang2 ada yang pecah amanah. curik duit tokey dan macam2 lagi la. teringat satu pesanan dari seseorang yang malas nak ingat nama dia.

ikhlas ni urusan kita dengan Tuhan tapi bila kalau kita bekerja itu urusan kita sesama manusia jadi kita perlu dibayar atas usaha kita.




tapi orang kata kalau kita kerja dengan rajin dan amanah nanti insyallah akan dapat balasan. kalau gaji tak setimpal itu bukan masalah. balasan tuhan lagi bermakna. Alhamdulillah... tapi dalam meniaga ni kalau kita tak jujur dan tak ikhlas Allah akan membalasnya.


tak lama masa tu jugak jadi tapi bukan nak salah sangka. mungkin ni satu pesanan Allah kerja kena ikhlas tapi wallahualam. contoh macam ribut kat tapak konvo.






p/s : bukan nak salah sangka tapi mungkin ada hikmahnya ribut kat tempat konvo ni.


TinyPic

Thursday, October 21, 2010

Cinta sejati

Hang Tuah: Seluruh nusantara kanda mencari ketenangan, kanda bertemu cinta di bumi Jawa.
Gusti Puteri: Sekecil burung kedidi adinda terbang ke hati kekanda. Mengharapkan cinta yang menggunung.
Hang Tuah: Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kemari.
Gusti Puteri: Adinda anggap sebagai janji.




TinyPic

Thursday, October 14, 2010

aduhai

aku malas nak marah2
aku benci nak cari pasal dgn orang
aku bukan orang yang kaki pukul
tp kadang2 orang kat sini buat aku nak jadi cmtu
hari ni teruk aku kena
cuma malas nak marah je
bila pikir balik memang ada kesalahan aku dalam perkara2 yg lepas
tapi dari ikut api kemarah baik aku jadikan pedoman
semoga selepas ini akan jadi lebih baik dari dulu

jangan ikutkan perasaan amarah kita sebab masa tu rasional akan hilang yang tinggal nafsu bara yang membakar jiwa. :)

TinyPic

Wednesday, October 6, 2010

Cintan CIntun

Assalamualaikum, dh lama x berbelog. maklumlah busy kan dengan proposal n macam2 lagi la. malas nak update blog tp pape pn blog aku. suka ati aku la. hahah berlari2 melihat belog2 orang lain. bosan gak kadang2 tp ada yg kasi info pada kita. contoh ohdara.com

nak tau tanda laki jatuh cintan. perghh dalam hati ada taman der.



1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA






ingat tu. susah kalau lelaki nak mengalirkan air mata mereka sbb seorang wanita. kadang2 sebab seorang perempuan seorang lelaki sanggup menjadi insan yang paling bodoh dalam hidupnya.

kerana seorang perempuan pengemis menjadi hartawan, kesakitan menjadi kegembiraan. tp kerana perempuan seorang lelaki mampu menjadi insan yang paling hina dalam hidupnya.




sikit pasal cuti2 malaysia aku. Jejalah ke Hulu Yam dengan motosikal. haha my beloved AHD bersama 4 ketui Moto LC135. perghh!! esoknya jalan yang kitorang lalu tu ada orang mati eksiden. seram kot!! haha






TinyPic

Monday, August 30, 2010

Life is a box of chocolate

"life is a box of chocolate forest, you never know what you're going to get" - forest gump




salam, hidup ni ibarat sekotak coklat. kita tak pasti dengan apa yang kita akan jumpa kan. hidup ni banyak persimpangan yang memerlukan kita wat keputusan sendiri. kadang2 apa pun yang terjadi kita kena tanggung sendiri. ibarat prinsip adat Temenggung Berani Buat Berani Tanggung kan..

skolah dulu ada poem the road not taken. dalam sehari kita kena buat banyak keputusan. cuma keputusan tu betul atau tak itu yang jadi masalahnya. mungkin betul pada mata kita tapi hakikatnya keputusan yg kita amik tu salah.

aku seringkali wat pilihan yang salah tapi apakan daya itu yang mampu aku lakukan. sedikit tips untuk melakukan pilihan dalam hidup. aku selalu amalkan doa ni.

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ
وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui"
sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui


gambar masa berbuka puasa dengan 66th gen






lokasi berbuka puasa


hey!! itu kami




TinyPic

Monday, August 23, 2010

aduhai facebook



salam, buka je mata on facebook, bukak je laptop tgk facebook. aduhai ape nak jadi la skang. tp facebook ni banyak manfaatnye kalau digunakan dengan betul. cam pertandingan logo AS220 tu aku just guna facebook je nak alertkan sume. haha


bukak2 facebook je gambo macam2 keluar. hatta gamba bangun tdo sekali pun. tp same2 naik la laki dengan perempuan kan. haha ada la skali tu tertengok satu video nih. pasal dosa yang kita lakukan 24 jam tanpa kita sedar.




even dlm hidup sebenarnya pun kalau aurat kita x jaga setiap mata yang memandang itu akan mendatangkan dosa kepada kita. contoh yang free hair tu. ye la comei lawa tp kalau aku tgk aku dpt dosa yg menunjuk tu pun dpt dosa gak berkali ganda sbb aku tgk skali je (hehe gua laki normal bro)



masuk bab pakaian plak, pergh memang menggugat iman la dak2 pompuan skang ni. serius kadang2 menghairahkan sbb nampak body yg mantop tu. aduhai nak ckp cmne kan. cuma pandai2 la jaga diri sendiri. gua laki ni kadang2 terpaksa ttp mata sebab tak nak kurang pahala posa tapi kalau dah sekeliling macam tu aku nak buat apa. nak tgk salah tak tengok masuk longkang. aduhai DOnia

kedit pada : www.buaya-merah.blogspot.com

at least bila aku post video ni dlm fb kan ada la sorang tu sanggup delete sume gambar dlm album dia. rasa bangga plak dgn dia dan rasa mcam itulah wanita yang ada keyakinan untuk mencari redha Allah.


Renung2kan dan selamat merenung...

<span class=


p/s : Mak nanti masuk meminang dak tu tau. baguih dia tu. tak mau buat dosa. cek suka sangat mak pun musti suka kan.

Sunday, August 22, 2010

3 idiots





salam, lama x update. malas plak nak update kadang2, tp pape pun ni blog aku kan. ada ku kesah ape orang nak ckp.

kisah mula kat stau kedai makan. sedang aku lepak2 datang la sorang sahabat aku sorang ni. makan la sembang2 then smpai satu masa. lebih kurang cmni la.

dia : kamu ada tgk cerita 3 idiots?
aku : ada jugak tgk tp malas nak download la. best ke?

dia : best la. memang layan cerita hindustan tu
aku : ye ke? aduh aku lemah citer hindustan ni. tamil layan la

dia : Try la download tengok.




balik tu aku pun download la. dan bila aku tgk. perghh!!! meleleh air mata tengok kot (perumpamaan) aku xdak la meleleh tol2 air mata tu. tp cerita ni memang banyak pengajaran. trasa kot student macam aku ni. lebih kurang sinopsis dia cmni.

cerita tentang 3 orang pelajar kolej engineering. sorang ni memang tak nak jadi engineer tp pasal ayah dia paksa kan terpaksa la, sorang lagi ni terpaksa sebab nak tanggung famili dia yang miskin amat2. lagi sorang yg hebat ni dia just gantikan tempat orang len je untuk dptkan dgree.
yang paling best dia cuma nak belajar je bukan nak dapatkan degree.


filem ni banyak pengajaran dia. aku paling suka bila dia ckp

belajar bukan macam mesin tapi belajar dengan hati
File:Threeidiots2.jpg

TinyPic

Sunday, August 8, 2010

Info

salam, lama tak update. sedikit info kepada semua.. :)

klick untuk tumbesaran tulang temulang

TinyPic>

Saturday, July 17, 2010

tulis dialog



salam, bosan di malam sabetu ni kan xtau nak buat apa. ada la skit menda yg aku nak try kan. kot2 la ada sambutan ramai aku nak gak wat contest skit.. sape menang dpt la topup ke ape ke kan.. hehe ada brani ke?

tp try dulu smbutan cmne.. agak2 korang la kan ape yg boleh korang tuliskan dialog berdasarkan gambo di bawah ni. eheee


haluih? klick untuk besaq
tulis la kat comment tu dia pnye dialog..
TinyPic

Thursday, July 15, 2010

sotong





”Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” [Al An’aam:59]



sotong Paul yang dikeringkan. tu la jangan taksub sangat dengan ramalan seekor sutung yang bernama paul. dia tak tau pape pun. kesian dia ek

TinyPic

masihkah?




salam, aku tertanya2 masih ada ke orang yang akan support aku dan berdiri di belakang aku.

aku pernah buat program dengan ramai orang dan antara orang yang aku yakin akan berada di belakang aku dan support aku antaranya ialah allahyarham farhan dan aloi.

dua orang ni senang kerja dengan dorang. banyak gak aktiviti yang aku dh wat dengan dorang ni. Score A for English (SAFE) 2008-2009, UMSKAL - UiTM Perlis Lambaian De Desa, jadi OC dan macam2 lagi la.



tapi malam ni aku tertanya2, adakah kawan2 aku masih lagi sanggup berdiri di belakang aku dan support aku dalam apa yang aku lakukan..


itu persoalannya..


TinyPic

Tuesday, July 13, 2010

قليلاً , قليلاً, سيصيرُ جبلًا


قليلاً , قليلاً, سيصيرُ جبلًا.
hari ni masuk kelas arab group F. dalam sejarah hidup aku la kan ni la satu2nya sorang lecturer yang foreign ajar aku tambah2 bahasa arab. aduhaii mati aku camni . lecturer melayu yg ajar aku pun aku still tak paham ni lecturer foreign. hope la berkat dia ajar aku



sipot sedot tol dak2 ni kasi aku jadi ketua kelas. dh la aku arab xpandai sangat dibuatnye tanya aku macam2 nak ckp ape..



asif ya ustaz, ana la arif.


yg ni aku hapal.
ahaha tp pape pun ayat pertama yang aku belajar dari dia ialah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. pesan lecturer Arab aku, Dr Muhammed Yusof dari Nigeria berkata

jangan malu dalam belajar, biar orang gelakkan kita tapi akhirnya kita akan faham apa yang kita salah. Jangan malu untuk buat kesilapan kerana dari kesilapan kita belajar


ni lepas translate ar. hehe



TinyPic

Monday, July 12, 2010

teman



bila masa kian berlalu, masing2 dah berubah dan berjaya dalam hidup masing2. 10 tahun lagi kami akan bukak laptop masing2 dan belek balik gambar2 masa diploma, dgree dan kami akan tergelak sendiri.


'Matang' nya kami masa tu.



itu yang dikatakan kenangan terindah.

tak akan terganti, setiap kenangan yang telah terukir


TinyPic
 
Copyright © .