Tuesday, December 21, 2010

bila kali terakhir

salam, bila kali terakhir kita berada di tempat dibawah ni?

bila kali terakhir kita ingatkan mati?
bila kali terakhir kita bersyukur?
bila kali terakhir kita bertaubat?

bila kali terakhir kita menangis?
bila kali terakhir kita bercinta?
bila kali terakhir kita ingat tuhan?
bila kali terakhir kita solat?
bila kali terakhir kita bernafas?



cuba pandang kiri dan kanan kita sekarang? bila kita akan mengadap ilahi?



TinyPic

Sunday, December 19, 2010

:)

salam, hidup ni macam2 ada. banyak yang akan kita hadapi dan bak kata sorang kawan aku dalam fb.

hidup ini macam bawak kereta kat highway. dalam kita pulun nak ke depan sekali2 kena tengok jugak side miror kan baru boleh menjamin kelancaran perjalanan.

ada makna jugak kan. sama la dalam apa pun kejadian dalam hidup manusia. setiap perkara akan ada hikmahnya dan qada' dan qadar adalah satu perkara yang wajib kita percaya. bercinta satu perkara yang membahagiakan tetapi putus cinta adalah perkara yang menyakitkan. nak tak nak kita tetap akan terus kehadapan. mungkin kisah yang lama dijadikan panduan untuk masa depan.






TinyPic

Saturday, December 18, 2010

Ini serius!!

salam, khas untuk pembaca serius macam aku. hoh!! agak layan jugak la dengan isu2 yang diceritakan. kata2 pedih dari encik serius kita ni. tu sebabnya hanya untuk golongan yang serius. bak kata wonderpets.. yehaaaa!!! ini serius.....




Semuanya serius. Hatta ketika berak sekalipun aku akan serius. Tak bole senyum masa berak kamu tahu. Kalau senyum taik tak keluar. Tahi benci senyuman dan gemarkan serius!



TinyPic

Sunday, December 12, 2010

hantu kak limah

"Kalau kita nak jadi masyarakat maju, kita jangan percayakan sangat dengan tahyul."
-mamat khalid-



assalamualaikum, sejak akhir-akhir ni aku rasa macam lambakan filem2 yang berunsurkan hantu semakin banyak la. hadoi aii...kalau pi tgk kat panggung wayang belambak2 citer hantu. rasanya hantu pun dah takut dengan manusia sekarang ni.




sekarang ni kecoh dengan hantu kak limah balik rumah. apa pun tabik pada Mamat Khalid sebab dia berani buat benda2 macam ni. tapi aku rasa hantu kak limah ni citer pasal zombie. kesinambungan dari zombi kampung pisang. hoh!! kene tengok ni tapi tiap kali aku nak tengok penuh panggung. Tungggu!!!!!



citer mamat khalid ni boleh dikatakan sebagai satu seni jugak la sebab unik dari yang lain. mula-mula aku agak meluat jugak la pasal citer yang mamat khalid buat ni tapi lama-lama bila aku tengok balik macam best je. tahniah abg mamat khalid. Aku rasa macam ada sumtin dalam filem yang dia buat. Choorr!!!! Bangge aku jadi orang perak!!




jumaat hari tu nak tengok cerita hantu kak limah balik tapi penuh pulak la.. dari pagi sampai malam. aku tengok citer kami tak bodoh. not bad la.. layan gak!! citer pasal remaja2 mude belie.. ate!!! tak gheti2 lagi nak beli tiket awal!!

bange jadi orang tanjong. bile abg mamat khalid nak buat filem kat tg. rambutan?


P/s : pasni nak tengok citer transformer 3:Dark of the moon. tunggu!!



TinyPic

Saturday, December 11, 2010

Dia





assalamualaikum, hari ini hari ahad. dan aku masih kat shah alam ni. bertambah2 kebosanan dalam diri aku ni tapi apa yang aku boleh buat selagi urusan kat sini tak selesai lagi kena la duduk sini lama sikit.

aku rasa pelik dengan perasaan ini. kadang2 ada orang benci untuk jatuh cinta lagi sebab takut dikecewakan lagi. walaupun aku pun rasa macam tu jugak tapi setiap dalam hidup ini ada risiko sendiri. nak berjalan keluar rumah pun ada risiko. risiko untuk kita terjatuh, risiko untuk kita dipukul atau risiko untuk kita dikecewakan lagi.




memang kita perlu membuat keputusan yang terbaik dalam hidup tapi kita hanya manusia biasa yang merancang dan Allah yang menentukan segalanya. tapi semua itu tak bermaksud kita tak perlu berusaha. yang penting pegangan dan prinsip kita untuk hidup.



pada aku hal jodoh ni dah tertulis dah dalam luh mahfuz seandainya insan yang lahir dari rusuk kiri aku ni dengan izin-Nya akan kembali ke pangkuan ku. akhirnya terpulang pada aku sendiri sebab dah ditetapkan jodoh lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.



tahun2 berlalu banyak perkara yang telah terjadi dalam hidup aku dari sekecil2 perkara sehingga perkara yang aku sendiri tak pernah jangka dalam hidup aku. buat masa ni biar aku baiki diri aku dan jadi insan yang baik dan soleh. hal2 lain semoga dipermudahkan oleh Allah.


p/s : for sumone dat i care but not love
TinyPic

Kerja


salam, kembali menulis di blog aku ni selepas lama senyap. haha peduli ape sebab ni blog aku. ada sebab2 yang membuatkan tangan aku ni kaku untuk menulis dalam blog ni. banyak perkara yang terjadi dalam hidup ni yang boleh kita kongsi bersama.


Dalam diam kita dh lepas tahun baru cuma tahun baru islam ni kurang skit sambutan dari tahun baru masihi. tapi apa pun air yang keruh harus kira buang dan gantikan dengan yang baru.


baru2 ni aku ada kerja dalam UiTM sebagai penjual bunga yang hebat :) tak ada la hebat sangat cuma sambil2 nak cari duit lebih nak beli laptop baru. dalam kerja ni mak aku selalu pesan satu perkara :

kerja dengan hati yang ikhlas dan jujur. jangan menipu


berkat pesanan mak aku tu alhamdulillah jadi orang aku sekarng ni. bukan senang nak cari orang yang jujur dalam berkerja ni. kadang2 ada yang pecah amanah. curik duit tokey dan macam2 lagi la. teringat satu pesanan dari seseorang yang malas nak ingat nama dia.

ikhlas ni urusan kita dengan Tuhan tapi bila kalau kita bekerja itu urusan kita sesama manusia jadi kita perlu dibayar atas usaha kita.




tapi orang kata kalau kita kerja dengan rajin dan amanah nanti insyallah akan dapat balasan. kalau gaji tak setimpal itu bukan masalah. balasan tuhan lagi bermakna. Alhamdulillah... tapi dalam meniaga ni kalau kita tak jujur dan tak ikhlas Allah akan membalasnya.


tak lama masa tu jugak jadi tapi bukan nak salah sangka. mungkin ni satu pesanan Allah kerja kena ikhlas tapi wallahualam. contoh macam ribut kat tapak konvo.






p/s : bukan nak salah sangka tapi mungkin ada hikmahnya ribut kat tempat konvo ni.


TinyPic
 
Copyright © .