Wednesday, April 28, 2010

Bulan

Malam
Bila rinduku bertambah dalam
Kau datang lagi dengan kenangan
Oh! betapa dinginnya malam ini

Salam, Ari ni malam rabu.. ada pasar malam kat medan selera. woohaaa makan! ari ni merupakan ari bulan pornama. sejuk mata memandang bila tgk bulan purnama kat atas langit

pungguk rindukan bulan, tp bulan?
orang melihat seseorang itu dengan anggapan dia yang terbaik, dia yang aku puja yg aku rindu selalu yg aku sayang tp orang tu? aduh gila bayang..


malas nak pikir, malam tadi pas je setadi kat rumah dak2 seksyen 17 td aku nek moto balik rumah. lepak2 jap tgk bulan. perghh rasa macam keciknya diri ni disisi Allah. hinanya diri ini. aduhaii balik cepat2 semayang isyak.




haha
jom tgk bulan. cantik kan. time ni la nk tgk. nanti sape tau kot2 Allah tarik balik ke nikmat anugerah penglihatan kita ni.



p/s : tgk bulan jangan tgk benda lain dh.

Sunday, April 25, 2010

Demam Final Exam



salam, Yeehaa!! final exam sudah kembali. Aduhai mula la aku belajar nak bukak buku. Sepanjang sem dari diploma sampai la nak final ni aku banyak main la. haha tp nak buat cmne aku ni kan agak 'Rajin' sikit Musim Final Exam dh sampai.



Masing2 mula sibukan diri. Banyak yang study group kat KFC la kat MC D la, Library la macam2 la. tp masing2 ada cara sendiri kan. aku ada system aku sendiri nak study tp alhamdulillah system aku ni agak memberangsangkan la. Syukur kepada Allah.


Musim final ni sonok sbb surau dan masjid terutama kat kolej2 sume penuh. ye la musim ni la kita nak dekatkan diri dengan Pencipta kita. anyway bagus la dari xdak langsung kan. Keberkatan itu penting selain dari usaha. Usaha, Takwa, Mulia.



Contoh la orang cakap bila nak final, bila susah, bila sakit baru nak ingat Allah. Derr, baik cmtu dari tak ingat langsung kan. ada gak usaha nak ke arah yang baik walaupun atas sebab2 tertentu.
Ni tak semayang seminggu sekali, yakni semayang jumaat. Bak kata orang, dari merangkak, kita berjalan lalu terus belajar berlari. Derr ni nak lari terus sakit la badan. hehe


Nyway, Final exam dah tiba, Semoga berjaya kepada kawan2 aku sume. pape pun pesanan penaja HADAPI DENGAN SENYUMAN...



p/s :Mak Eppy Besday!!! Moga Makin Ceria dan Makin Lawa.

Tuesday, April 20, 2010

Aku dan Dia

salam, apa yang kita ada tak semestinya akan menjadi milik kita selamanya hatta nyawa ni pun hanya sekadar pinjaman. apa yang kita ada tak selamanya akan kita miliki. sampai satu masa semuanya akan pergi.



mungkin ada yang pergi untuk seketika dan ada yang akan pergi untuk selamanya.
hidup ini terasa kosong bila satu perkara dalam hidup aku telah pergi menginggalkan aku.



satu perkara yang banyak sangat berjasa kepada aku. susah senang aku dengan dia je. berhujan panas bersama, peluh dan darah berlinangan untuk dia. bahagia dan gembira bersama dengan dia. tp sekarang ni dia dah tak ada.





sedih waktu aku nak berpisah dengan dia. sebagai lelaki air mata itu satu perkara yang amat berharga tp entah kenapa air mata aku menitis disebabkan dia. aku sayangkan dia tapi mungkin takdir tidak membenarkan kita bersama lagi



selamat tinggal sayang, selamat tinggal kasih, selamat tinggal cintaku...





masa nak balik dia pancit kat Highway Rawang. aduhai sepanjang 6 tahun dengan aku baru ni kali pertama dia pancit kat highway. mungkin tanda kot dia nak abeskan masa, manja2 dengan aku. huuuu sedih wooo..







selamat tinggal AFH 5879 - Motosikal yang banyak berjasa,
Selamat Bertugas AHD 918
- moto baru

Monday, April 12, 2010

hidup ini indah


hidup ini indah bila aku selalu
ada di sisiMu setiap waktu
hingga aku hembuskan nafas yang terakhir
dan kita pun bertemu





assalamualaikum, hidup ini indah. aku cukup suka dengan ayat ni. ye la kadang2 dalam keadaan yg paling sukar dalam hidup aku, dalam liku2 hidup yg aku lalui kan bila pikirkan pasal ayat ni terasa macam ada satu semangat baru untuk aku berjuang.

hidup ini indah kalau kita enjoy dgn apa yang kita wat.

enjoy when you study don't memorized but understand the concept

prof low seng mook

sampai prof aku sendiri cakap study kena enjoy then baru kita rasa hidup ini indah. kita kena ingat satu perkara. hidup ini diciptakan dengan pelbagai dugaan dan cabaran serta penuh dengan penghargaan.


kenapa dihilangkan matahari, lalu diberikan kita awan yg gelap dan petir yang menakutkan. sebab nanti akan muncul pelangi yang indah bersama matahari yang cantik. itu nikmat tuhan..

begitu dengan hidup ini, bila kita diberikan dugaan dan cabaran dunia kita usah mengalah sebab nanti akan datang nikmat dari Allah yang Maha Esa penghargaan kepada kita. hidup jangan mudah berputus asa hatta sehingga terputus nyawa dari badan.



hidup ini penuh dengan teka-teki dan macam2 karenah manusia. hidup ini penuh dengan kekejaman, penyeksaan tapi masih ada senyuman dan kasih sayang. sebab apa.. hidup ini indah.. jangan lupa bersyukur kepada yang maha Esa.


jangan biarkan diri anda susah hati, kalau tak jadi macam nih.

Tuesday, April 6, 2010

amalku


"Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik2 kejadian"

surah at-tin, ayat 4


salam, hidup ini satu anugerah yang tak dapat diperkatakan. satu nikmat yang tak dapat ditandingi. sekali kita hidup maka selamanya kita akan 'hidup' bukan di alam sementara ni tetapi di alam akhirat. insyallah


hidup ini bukan sekali tetapi banyak kali. kata-kata seorang cerdik pandai masa Hari Anugerah Saintis Muda. tandanya?

hidup ini berkali-kali sebab kita diberi peluang banyak kali tanpa kita sedari. setiap kali kita diberikan peluang kita seperti tidak mengerti apa yang kita perlu lakukan, andai silap memilih kita akan 'mati' tetapi akan datang pula peluang seterusnya untuk meng'hidup'kan kita.


bila pikir tentang hidup aku ni, rasa macam memang tak cukup amal ibadah bekalan aku untuk hari kemudian. bak lirik lagu m nasir:


sesat di kuala lumpur, dosa pahala bercampur.


sekarnag ni bukan kuala lumpur je semua tempat kat malaysia ni. aduhai begitu hebat dugaan umat akhir zaman nih. terkedu aku bila tgk video orang yang mengadap ilahi dalam keadaan sujud kepada yang esa.

siapa dia, alim ke dia atau tidak tu bukan masalah kita, tapi bagaimana cara kita akan mengadap ilahi nanti. baik ke, buruk ke hina ke suci ke. Hanya Dia yang maha mengetahui.


Saturday, April 3, 2010

Dekan dan Din


salam, bila sesuatu yang kita usahakan tu berjaya dalam tak langsung orang akan menghargai kita. tapi kita kena sedar tak semua yang kita kecapi akan dihargai dan tak semua yang kita ada mampu kita kekalkan.



terima kasih Fakulti Sains Gunaan, kemarau dekan aku sepanjang diploma akhirnya berakhir. kekecewaan aku sbb masa diploma dulu tak dapat dekan Alhamdulillah ditebus masa degree nih. setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kepada Ilahi. Segala rezki, limpah kurnia-Nya dapat aku berdiri seperti hari ni.



ada majlis Anugerah Saintis Muda. Best gak la sbb dapat makan free. makan cam orang gile hahah tp x la gila sangat. Alhamdulillah aku dapat dekan sem lepas. Insyallah sem ni aku cuba lagi ek. Doa kan aku dan kawan2 aku.

Blockquotetahniah kepada kawan2 aku yang dapat anugerah dekan sem lepas dan kepada semua insyallah sem ni aku doakan semua kawan2 aku dapat dekan.







kata2 din beramboi pada Final Raja Lawak. Siapa sangkakan. aku terkedu bila tgk video ni. tgk banyak kali. macam ada sumtin dalam video ni yang nak disampaikan.. agak2nya apa ek. lu pikir la sendiri.

al-fatihah kepada beliau. semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan diringankan seksa kubur
 
Copyright © .