Thursday, May 5, 2011

Jangan Bersedih



surah al-An’am, ayat 17:

Maksudnya: "Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepada engkau, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan dia sendiri; dan jika dia melimpahkan sesuatu kebaikan kepada engkau, maka Dia adalah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu"

jika Allah mahu memberikan kebahgiaan kepada seseorang, tidak akan ada tangan yang mampu menghalangnya namun jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, tidak akan ada tangan yang mampu menghulurkannya.

Segala yang terjadi kepada kita ni adalah nikmat dari Allah. Orang yang beriman bertambah imannya setiap kali di timpa musibah tetapi orang yang jahil akan mencari kesalahan orang lain. Setiap kali kita ditimpa musibah jangan bersedih kerana itu adalah tanda Allah sayangkan kita.

Jangan bila ditimpa bencana, musibah kita kata Allah itu kejam, Allah tu tidak adil. Kenapa aku yang ditimpa masalah sebegini sedangkan orang lain bahagia. Ingatlah orang yang selalu di berikan ujian oleh Allah adalah orang yang dikasihi oleh Allah.

Usah begitu kerana Allah tidak akan memberikan ujian kepada kita jika kita tidak mampu menghadapinya. Usah menyalahkan orang lain kerana semuanya datang dari kita sendiri. Lihatlah dulu setiap kali kita ditimpa musibah kita rasakan dunia akan berakhir, tiada jalan keluar tetapi kita lupa dengan sekarang ini. kita masih bernafas, masih berpijak di bumi tuhan.


Jika kita ditimpa masalah, kita sedar dan kita mencari Pencipta kita. Kita menitiskan air mata di atas sejadah. Kita hidupkan hari2 kita dengan solat hajat, solat taubat. kita berdoa kepada Ya Rabb. Sedarlah setiap kali kita ditimpa musibah itu yang kita akan lakukan. Sedarlah yang Allah tidak mahu kita terus tersesat dengan kebahagiaan yang sementara. Dia mahu kita kembali kepada fitrah kita. Dia mahu kita sedar dengan kesalahan kita, kealpaan kita.

Jangan bersedih, Allah bersama dengan kita.


TinyPic

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © .