Wednesday, May 4, 2011

Kembali


"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."

Ayat 235, Surah Al-Baqarah:


salam, kembali berblog :)
Allah mengerti yang dalam hidup kita ni adanya cinta kepada sesama manusia dan cinta antara lelaki dan perempuan. Allah juga mengerti yang kita manusia ni akan menyebut-nyebut nama insan yang kita sayang dan jalan ikatan yang sah adalah perkahwinan.

tetapi permasalahnnya adalah MAMPU atau tidak untuk berkahwin. tak salah mencintai seseorang tu tetapi kena pada haknya dan hukum islam. Buat masa sekarang ni aku masih tak mahu berfikir tentang perkara ni. aku serahkan soal jodoh ni kepada yang Maha Mengetahui.

lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kalau nak jodoh yang soleh dan solehah maka jadilah seperti mana yang kita mahukan. Insyallah Allah berjanji setiap 1 kebaikan akan dibalas 10 oleh-Nya. Aku inginkan jodoh yang solehah, baik, pandai, beragama dan sebagainya. jadi aku kena jadi lebih dari apa yang aku mahukan.

Ingatlah jodoh itu di tangan tuhan. Pergilah ke hujung dunia sekalipun, ke ceruk rantau mana, ke utara mahupun selatan, percayalah rusuk kiri kaum adam akan kembali ke pangkuan semula. Itu fitrah manusia.


Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..


TinyPic

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © .