Saturday, December 18, 2010

Ini serius!!

salam, khas untuk pembaca serius macam aku. hoh!! agak layan jugak la dengan isu2 yang diceritakan. kata2 pedih dari encik serius kita ni. tu sebabnya hanya untuk golongan yang serius. bak kata wonderpets.. yehaaaa!!! ini serius.....




Semuanya serius. Hatta ketika berak sekalipun aku akan serius. Tak bole senyum masa berak kamu tahu. Kalau senyum taik tak keluar. Tahi benci senyuman dan gemarkan serius!



TinyPic

Sunday, December 12, 2010

hantu kak limah

"Kalau kita nak jadi masyarakat maju, kita jangan percayakan sangat dengan tahyul."
-mamat khalid-



assalamualaikum, sejak akhir-akhir ni aku rasa macam lambakan filem2 yang berunsurkan hantu semakin banyak la. hadoi aii...kalau pi tgk kat panggung wayang belambak2 citer hantu. rasanya hantu pun dah takut dengan manusia sekarang ni.




sekarang ni kecoh dengan hantu kak limah balik rumah. apa pun tabik pada Mamat Khalid sebab dia berani buat benda2 macam ni. tapi aku rasa hantu kak limah ni citer pasal zombie. kesinambungan dari zombi kampung pisang. hoh!! kene tengok ni tapi tiap kali aku nak tengok penuh panggung. Tungggu!!!!!



citer mamat khalid ni boleh dikatakan sebagai satu seni jugak la sebab unik dari yang lain. mula-mula aku agak meluat jugak la pasal citer yang mamat khalid buat ni tapi lama-lama bila aku tengok balik macam best je. tahniah abg mamat khalid. Aku rasa macam ada sumtin dalam filem yang dia buat. Choorr!!!! Bangge aku jadi orang perak!!




jumaat hari tu nak tengok cerita hantu kak limah balik tapi penuh pulak la.. dari pagi sampai malam. aku tengok citer kami tak bodoh. not bad la.. layan gak!! citer pasal remaja2 mude belie.. ate!!! tak gheti2 lagi nak beli tiket awal!!

bange jadi orang tanjong. bile abg mamat khalid nak buat filem kat tg. rambutan?


P/s : pasni nak tengok citer transformer 3:Dark of the moon. tunggu!!



TinyPic

Saturday, December 11, 2010

Dia





assalamualaikum, hari ini hari ahad. dan aku masih kat shah alam ni. bertambah2 kebosanan dalam diri aku ni tapi apa yang aku boleh buat selagi urusan kat sini tak selesai lagi kena la duduk sini lama sikit.

aku rasa pelik dengan perasaan ini. kadang2 ada orang benci untuk jatuh cinta lagi sebab takut dikecewakan lagi. walaupun aku pun rasa macam tu jugak tapi setiap dalam hidup ini ada risiko sendiri. nak berjalan keluar rumah pun ada risiko. risiko untuk kita terjatuh, risiko untuk kita dipukul atau risiko untuk kita dikecewakan lagi.




memang kita perlu membuat keputusan yang terbaik dalam hidup tapi kita hanya manusia biasa yang merancang dan Allah yang menentukan segalanya. tapi semua itu tak bermaksud kita tak perlu berusaha. yang penting pegangan dan prinsip kita untuk hidup.



pada aku hal jodoh ni dah tertulis dah dalam luh mahfuz seandainya insan yang lahir dari rusuk kiri aku ni dengan izin-Nya akan kembali ke pangkuan ku. akhirnya terpulang pada aku sendiri sebab dah ditetapkan jodoh lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.



tahun2 berlalu banyak perkara yang telah terjadi dalam hidup aku dari sekecil2 perkara sehingga perkara yang aku sendiri tak pernah jangka dalam hidup aku. buat masa ni biar aku baiki diri aku dan jadi insan yang baik dan soleh. hal2 lain semoga dipermudahkan oleh Allah.


p/s : for sumone dat i care but not love
TinyPic

Kerja


salam, kembali menulis di blog aku ni selepas lama senyap. haha peduli ape sebab ni blog aku. ada sebab2 yang membuatkan tangan aku ni kaku untuk menulis dalam blog ni. banyak perkara yang terjadi dalam hidup ni yang boleh kita kongsi bersama.


Dalam diam kita dh lepas tahun baru cuma tahun baru islam ni kurang skit sambutan dari tahun baru masihi. tapi apa pun air yang keruh harus kira buang dan gantikan dengan yang baru.


baru2 ni aku ada kerja dalam UiTM sebagai penjual bunga yang hebat :) tak ada la hebat sangat cuma sambil2 nak cari duit lebih nak beli laptop baru. dalam kerja ni mak aku selalu pesan satu perkara :

kerja dengan hati yang ikhlas dan jujur. jangan menipu


berkat pesanan mak aku tu alhamdulillah jadi orang aku sekarng ni. bukan senang nak cari orang yang jujur dalam berkerja ni. kadang2 ada yang pecah amanah. curik duit tokey dan macam2 lagi la. teringat satu pesanan dari seseorang yang malas nak ingat nama dia.

ikhlas ni urusan kita dengan Tuhan tapi bila kalau kita bekerja itu urusan kita sesama manusia jadi kita perlu dibayar atas usaha kita.




tapi orang kata kalau kita kerja dengan rajin dan amanah nanti insyallah akan dapat balasan. kalau gaji tak setimpal itu bukan masalah. balasan tuhan lagi bermakna. Alhamdulillah... tapi dalam meniaga ni kalau kita tak jujur dan tak ikhlas Allah akan membalasnya.


tak lama masa tu jugak jadi tapi bukan nak salah sangka. mungkin ni satu pesanan Allah kerja kena ikhlas tapi wallahualam. contoh macam ribut kat tapak konvo.






p/s : bukan nak salah sangka tapi mungkin ada hikmahnya ribut kat tempat konvo ni.


TinyPic

Thursday, October 21, 2010

Cinta sejati

Hang Tuah: Seluruh nusantara kanda mencari ketenangan, kanda bertemu cinta di bumi Jawa.
Gusti Puteri: Sekecil burung kedidi adinda terbang ke hati kekanda. Mengharapkan cinta yang menggunung.
Hang Tuah: Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kemari.
Gusti Puteri: Adinda anggap sebagai janji.




TinyPic

Thursday, October 14, 2010

aduhai

aku malas nak marah2
aku benci nak cari pasal dgn orang
aku bukan orang yang kaki pukul
tp kadang2 orang kat sini buat aku nak jadi cmtu
hari ni teruk aku kena
cuma malas nak marah je
bila pikir balik memang ada kesalahan aku dalam perkara2 yg lepas
tapi dari ikut api kemarah baik aku jadikan pedoman
semoga selepas ini akan jadi lebih baik dari dulu

jangan ikutkan perasaan amarah kita sebab masa tu rasional akan hilang yang tinggal nafsu bara yang membakar jiwa. :)

TinyPic

Wednesday, October 6, 2010

Cintan CIntun

Assalamualaikum, dh lama x berbelog. maklumlah busy kan dengan proposal n macam2 lagi la. malas nak update blog tp pape pn blog aku. suka ati aku la. hahah berlari2 melihat belog2 orang lain. bosan gak kadang2 tp ada yg kasi info pada kita. contoh ohdara.com

nak tau tanda laki jatuh cintan. perghh dalam hati ada taman der.



1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA






ingat tu. susah kalau lelaki nak mengalirkan air mata mereka sbb seorang wanita. kadang2 sebab seorang perempuan seorang lelaki sanggup menjadi insan yang paling bodoh dalam hidupnya.

kerana seorang perempuan pengemis menjadi hartawan, kesakitan menjadi kegembiraan. tp kerana perempuan seorang lelaki mampu menjadi insan yang paling hina dalam hidupnya.




sikit pasal cuti2 malaysia aku. Jejalah ke Hulu Yam dengan motosikal. haha my beloved AHD bersama 4 ketui Moto LC135. perghh!! esoknya jalan yang kitorang lalu tu ada orang mati eksiden. seram kot!! haha






TinyPic
 
Copyright © .